KEJOHANAN BOLA JARING BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI IV HARI KE-TIGA
SR Bengkurong Vs SR Jerudong Kompleks Sukan Sg Kebun/Asam
Persaingan amat sengit. Masing-masing cuba mempertahan dan menambah jaringan dengan sedaya upaya. Beberapa kali pasukan SRB 'dijaga' dengan erat, ditepis dengan lembut dari pasukan lawan tanpa pandangan mata yang khas & tiupan yang merdu namun pasukan SRB tetap meneruskan perlawanan dengan tenaga dan semangat sukan yang masih ada. Pasukan SRB beberapa kali mendahului 1 mata ke depan dari pihak lawan. Separuh masa pertama, pasukan SRB mendahului dengan jaringan 9 - 8.
Di minit terakhir, Pasukan SRB sedaya upaya sepenuh tenaga berusaha untuk memastikan bola di dalam kawalan mereka, kemudian WD - Nina sangat cemerlang dalam pertahanannya dan berjaya merampas bola dari jatuh di pihak lawan. Pemain tengah berjaya menghantar bola masuk ke dalam kawasan 'D' SRB. GA - Dewi cuba untuk memasukkan bola ke dalam jaring, bola dalam genggaman erat, peluh menitis-nitis dan tangan cuba untuk menghayunkan ke atas - PREETTTT... ketika itu lah wisel penamat dibunyikan. Berakhirlah sudah harapan pasukan SRB untuk mara ke peringkat akhir dengan jaringan 11 - 12.
Walaupun tewas dengan sistem pengadilan yang kurang memuaskan, pasukan bola jaring SRB tetap JUARA as our GB said "The girls still be the true champions of our shool!".Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SR Bengkurong atas permainan yang sangat cantik. WE'RE PROUD OF YOU! Not to forget, WELL DONE to the teachers incharge of netball.
Congratulation to all..
1st - SR Sengkurong. 2nd- SR Jerudong. 3rd - SR Bengkurong & SR. Junjongan.
KEJOHANAN BOLA JARING BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI IV HARI KE-DUA
SR Bengkurong Vs. SR Panchor Murai Kompleks Sukan Sg Asam/Kebun
Permainan SRB pada petang itu sangat baik walaupun beberapa kali pemain SRB dikasari tanpa pengadilan yang sewajarnya. Namun begitu pada separuh masa pertama, SRB mendahului permainan dengan jaringan 8 - 2.
Meskipun GS - Fiqah kurang sihat pada masa itu, namun semangat kesukanan yang ada dalam diri, Fiqah tetap ingin bermain dan turun dalam gelanggang. Syabas diucapkan kepada pasukan SRB kerana berjaya menewaskan SR Panchor Murai 13 - 3.
KEJOHANAN BOLA JARING BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI IV HARI PERTAMA
Thank goodness that we WON on the first game today.. On the first half, the team worried us so much.. a bit slow at first that we had to wake them up... Luckily they perform so well on the 2nd half. They need to improve more on their footwork.
Thenext game is onMonday afternoon.. Hope the team will gives their best in the next match. Wish the best of Luck for us.. ^_^
2 Mac, 2009, Isnin - Murid-murid tahun 5 telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku di Dewan Persidangan Antarabangsa Berakas bersempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Brunei 2009. Murid-murid berkesempatan menggunakan peluang keemasan untuk mendapatkan bahan bacaan dari gerai-gerai yang menjual pelbagai buku, jurnal, majalah, e-Buku, komputer, bahan IT, peralatan Pendidikan, bahan Seni Khat dan lain-lain lagi.