Best Of Luck to you

Good luck SR Bengkurong students for your final year examinations. Hope everyone get good results and do your best!.Special thanks to all the teachers in SRB who have thoughts the students with flying colours.

SRB words of the day:

Good Luck SRB boys and girls..

Majlis Perpisahan Guru Bersara dan Berpindah

Assalamualaikum SRB viewer,

Baru baru ini dua orang guru perempuan telah pun di tetap kan ke SRB, cikgu Ang Ie Woon(June) dan cikgu Dk Siti Hana Az-Zahra binti Pg Mohd Harris. Tahniah! dan "Selamat Datang" kami ucapkan kepada abis cikgu kehadiran abiskita di alu alukan di sekolah ini.

Pada yang bersara dan berpindah kami warga SRB merasa sedih kehilangan abiskita kesungguhan dan kegigihan abiskita mengajar murid murid di sini hingga mereka berjaya membuat kan kami merasa kehilangan guru yang berbakti lagi dedikasi.

24 Oktober 2009 yang lalu Majlis perpisahan telah pun di adakan di
restoran AMIGO'S RBRC sempena persaraan cikgu Hjh Salmiah dan cikgu Hjh Norani dan majlis perpisahan cg Nasir yang telah berpindah ke pejabat Kementerian Pendidikan, Tahniah di ucapkan kepada beliau.

Cendera hati telah di sampaikan oleh guru besar SRB cikgu Sani bin Hj Mohd Jais sebagai tanda penghargaan mereka sepanjang tempoh mereka di SRB. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada abiskita.


Sifat-sifat Guru secara Ringkas

Bersempena Hari Guru yang akan datang... disertakan artikel dari sebuah blog untuk renungan kita bersama..



Menurut Ulwan Abdullah Nasih(1981), dalam Tarbiyyah al-Aulad Fil Islam Juzu’ 1, beliau mencadangkan beberapa sifat asasi yang perlu ada pada pendidikan supaya pendidikannya lebih berkesan dan dapat diterima oleh anak didiknya, antaranya ialah :

1. Bersifat Ikhlas.

Sebagaimana pernah disebutkan oleh ‘Ulama :

على المربي أن يحرر نيته، ويخلص الله في كل عمل تربوي يقوم به سواء اكان هذا العمل امرا او نهيا او نصحا او ملاحظة او عقوبة...

Maksudnya :

“Seorang pendidik wajib membersihkan niatnya dan bersifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidik yang dilakukannya, sama ada amalan itu merupakan perintah, larangan, nasihat, perhatian, dan hukuman.”

2. Bertaqwa.

Satu lagi sifat yang perlu ada bagi seorang guru ialah, taqwa kepada Allah. Ini dapat diperhatikan dengan kata ‘ulama ini :

اتقاء عذاب الله بصالح العمل، والحشية منه في السر والعلن

Bermaksud :

“Taqwa (membimbangkan) seksa Allah dalam mengerjakan amalan baik dan takut kepadaNya secara rahsia dan terang-terangan.”

Setiap pendidik /guru adalah lebih utama dituntut/diwajibkan untuk bersifat dengan sifat taqwa terhadap setiap perintah dan petunju Allah, kerana mereka akan menjadi ikutan kepada anak-anak didik mereka. Jika sang guru melakukan kesalahan dengan senghaja dan diikuti pula kesalahan itu oleh muridnya, maka sang guru tadi akan mendapat dosa sebanyak doa murid-murid yang mengikutnya serta dosa sesiapa sahaja yang mengikutnya.

3. Berilmu pengetahuan.

Guru/pendidik perlu seorang yang benar-benar ‘alim dalam ilmu khusus yang diajarkannya serta menguasai secara asas pada ilmu-ilmu lain. Namun lebih utama untuk mereka mengenali dasar-dasar di dalam syariat Islam serta mengetahui halal-haram. Mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip akhlak. Semuanya disandarkan dari sumber al-Qur’an, as-Sunnah dan juga tauladan dari para sahabat dan tabi’iin.

4. Pemaaf.

Sifat yang penting dan berkuasa pada guru dalam menarik kepercayaan pelajar, membantu kejayaan pendidik dalam melaksanakan tugas pembentukan dan pembaikan anak-anak ialah sifat sederhana dan pemaaf. Malah dengannya dapat membentuk anak-anak dengan adap terpuji dan meninggalkan sifat terkeji.

5. Bertanggungjawab.

Sedar diri terhadap tanggungjawab besar para pendidik dalam mendidik anak-anak didik, dalam soal keimanan dan kelakuan, membentuk perkembangan jasmaniah dan ruhaniah serta melengkapkan dengan kekuatan akliah dan social mereka. Perasaan bertanggungjawab beginilah yang perlu ada pada diri setiap pendidik. Jika sang guru lalai walaupun sedikit, tidak mustahil anak-ana didiknya akan tergelincir kepada akhlak yang rosak, pada ketika itu akan sukarlah bagi mana-mana pendidik untuk memperbaiki dan membetulkan mereka.

Ada banyak lagi sifat-sifat penting yang perlu ada pada seorang guru itu. Namun semuanya bertolak pada satu sifat, iaitu ikhlas kerana Allah yang mencambahkan rasa khauf (takut) pada azab Allah dan rasa raja’ (harap) pada keridhaan Allah jua. Antaranya :

Menurut Imam Ghazali :

1. Bersimpati pada anak didik dan menganggap mereka sebagai anak sendiri.

2. Mengikut akhlak dan sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan bukan mengharapkan upah.

3. Tidak menasihati/menyuruh/mengajar anak didik sesuatu yang guru itu sendiri tidak terlatih dna berpengetahuan padanya.

4. Menasihati muridnya meninggalkan kelakua buruk secara lemah lembut bukan dengan marah dan kekerasan.

5. Tidak merendah-rendahkan ilu-ilmu yang lain selain dari ilmu yang diajarkannya.

6. Hadkan pengajaran/pembelajaran sesuai tahap urid dan tidak memaksa mereka melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka.

7. Menyediakan bahan pengajaran (isi pelajaran) yang sesuai tahap perkembangan murid khususnya murid yang kurang pintar, mudah difahami dan jelas.

Inilah antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru/pendidik Islam itu. Namun sejauh mana kita bersikap dengannya, kita muhasabahlah diri kita sendiri. Namun, terdapat banyak lagi sifat-sifat yang lain perlu diperhatikan oleh para guru dalam menanai tugasnya dan melaksanakan peranannya. Seperti sifat beramal dengan ilmunya, amanah, menyimpan rahsia muridnya, menolong murid menyelesaikan berbagai masalah mereka, menerima cadangan, komentar atau pandangan murid, tegas tetapi bukan garang dan sebagainya lagi.

Wallahua’lam.

Matrix Text Effect - http://www.matrixtext.com

Terdapat beberapa istilah yang digunakan mengenai guru ini dan antaranya ialah mu'allim, murabbi, mu'addib dan mudarris.

1. Mu’allim sebagai penjana kekuatan intelek pelajar (dalam mengingat data lalu memproses data secara kritikal dan mengeluarkannya secara rasional dan kreatif ).

Mu'allim berasal dari akar ‘allama sebagaimana dalam ayat bermaksud :

وعلم آدم الأسماء كلها

“dan (Allah) telah mengajarkan Adam mengenai nama-nama benda...”

(QS2 : 31)

Mu’allim yang memfokuskan kepada penyampaian dan pembangunan ilmu (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah kepada Adam ‘alaihissalam. Aktiviti pemindahan ilmu adalah antara perkara yang penting bagi sesebuah masyarakat manusia. Kerana dengannya akan mengangkat tamaddun ilmu sesebuah bangsa ke satu peringkat yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Tugas Mu’allim ialah memasukkan input ilmiah, pengetahuan, maklumat, informasi kemudian melatih anak didik melakukan proses penilaian oleh akal fikir dengan kemahiran kritis, dan sampai kepada persetujuan akal atau penolakannya. Lalu melahirkan generasi anak didik yang berbudaya ilmu yang tinggi sama ada secara tulisan, lisan dan perbuatan sebagai ahli ilmu. Dan ianya bertolak dari premis akal.

2. Murabbi sebagai pendidik dan pemelihara setiap essensi fitrah anak didik serta meningkatkan kualiti setiap essensi ke tahap maksimal.

Kemudian guru juga disebut sebagai Murabbi yang berkaitan dengan konsep Rabb ( sebagai Zat Tuhan yang mencipta dan memelihara ciptaan-Nya). Dalam konteks Murabbi ianya membawa peranan sebagai guru yang mendidik (menjayakan tarbiah) iaitu dengan menjayakan proses memelihara, mengasuh dan meningkatkan essensi fitrah anak didik sama ada dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Murabbi berperanan dalam membentuk murid agar memiliki syahsiah yang unggul. Tugasnya lebih menumpukan penghayatan nilai sesuatu ilmu itu kepada peringkat tingkahlaku yang terbentuk (shaped personality) dengan keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Dan ianya bertolak dari premis hati, akal, jasmani secara integral.

3. Mursyid sebagai pembimbing dan pemberi panduan kepada anak didik dalam memilih jalan-jalan dan alternatif-alternatif yang betul dari yang salah.

Seterusnya guru juga dipanggil sebagai mursyid, terdapat dalam ayat QS2 : 256 :

قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الغَيِّ

Bermaksud :

“sungguh telah menyerlah (jelas) kebenaran mengatasi kebathilan.”

Dalam konteks ini guru juga adalah sebagai pembimbing dan penunjuk jalan. Tugas ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan Islam iaitu guru sebagai sebagai pembimbing dan penunjuk kepada generasi muda tentang apa yang benar, baik dan betul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban insaniyyah, khususnya Islam. Ini termasuklah setiap perkara yang positif yang boleh dimanfaatkan yang datang daripada peradaban-peradaban lain, termasuk tamddun barat. Dan sekaligus menolak (melakukan tazkiyyah) terhadap apa-apa perkara yang salah, jahat dan negatif.

Setiap orang memerlukan pemimpin yang memimpin dirinya, lebih-lebih lagi bagi golongan ‘awwamiin yang kurang ilmu dan kurang faham tentang Islam. Jika tidak, kesilapan taqlid boleh sahaja berlaku ke atas mereka. Guru sebagai pendidik, adalah sekaligus juga sebagai ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul tentang pandangan hidupnya. Sama ada hidup kerohanian, akhlak mahu pun kepakaran dalam bidang ilmu yang bermanfaat. Dengan ini, dikatakan bahawa irsyad itu berjalan seiring dengan matlamat pendidikan.

4. Muaddib sebagai puncak tertinggi nilai aksiologi dalam interaksi manusia dengan semua pihak.

Muaddib pula, iaitu guru yang menerapkan nilai adabiyyah. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam interaksi individu dengan individu lain dan juga semua pihak, bermula dalam konteks hubungan manusia dengan Tuhan, orang yang lebih tua, ibu, bapa, guru, rakan, alam sekitar dan segalanya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud :

أدبني ربي فأحسن تأدبي

Bermaksud :

“Tuhanku tlah menyantuniku, maka Dia telah memperelokkan pekertiku”

Al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din menjelaskan bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Kepentingan akhlak diberi penekanan yang serius dalam Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah juga memuji bginda dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4)

5. Mudarris sebagai arena memindah dan memperincikan pengetahuan hingga ke tahap ahli dalam ilmu ke atas anak didik.

Satu lagi gelaran Islam terhadap guru ialah apa yang disebut sebagai mudarris, berkait dengan akar kata darasa, yadrusu yang membawa maksud mengajarkan sesuatu perkara. Sebagaimana dalam QS68 : 37 :

أم لكم كتاب فيه تدرسون

Bermaksud :

“Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang ditutunkan Allah) yang kamu membacanya (mempelajarinya).”

Tugas mengajar mata pelajaran kepada pelajar adalah satu lagi tugas guru. Di sini penekanannya ialah kepada aktiviti mengajar-belajar. Proses mengajar-belajar adalah proses yang berterusan sepanjang hayat dan menjadi tuntutan Islam. Dalam hal ini guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran anak didiknya melalui kegiatan mengajar-belajar. Peringkat ini disebut sebagai Faqih. Di dalam Islam, tiadalah ilmu itu dituntut semata-mata diperingkat ilmu sahaja tetapi perlu lebih mendalam sehingga mencapai peringkat pakar atau ahli dalam ilmu.

Kesimpulan

Islam memberikan penekanan yang menyeluruh terhadap peranan dan fungsi manusia yang digelar sebagai guru. Ianya tidak terbatas pada satu peranan yang sempit sahaja. Sebagaimana yang difahami oleh segelintir warga pendidik yang kurang jelas dengan tugas keguruannya. Kepuasan hati sang guru tidak terbatas setakat gembira dengan pencapaian akademik dan lain-lain pencapaian anak didiknya.

Tetapi kepuasan hakiki sang guru lebih daripada itu. Malahan kegembiraan melihat pencapaian akademik anak didik itu boleh sahaja musnah apabila sang guru melihat ilmu yang diajarkannya tidak berjaya merubah peribadi anak didiknya. Sebab itulah kemuncak kegembiraan para guru dalam memikul tugas menjadi guru ialah apabila dia berjaya menjadikan anak didiknya menjadi ‘seseorang’ yang berguna dan berjuang demi agama dan negaranya, ‘seseorang’ yang peribadinya tidak bercanggah dengan ilmunya, semakin berilmu semakin mulia pula akhlaknya, ‘seseorang’ yang berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat dan ‘seseorang’ yang berjaya membawa perubahan yang baik kepada masyarakatnya.

Maka untuk akhirnya ana ingin melontarkan beberapa persoalan kepada pembaca (khususnya guru), seputar peranan dan fungsi yang telah kita mainkan selama bergelar guru ini. Adakah kita benar-benar jelas dengan konsep guru dalam konteks yang lebih menyeluruh? Iaitu sebagai Mu’allim, Mudarris, Mu’addib, Mursyid dan Murabbi. Atau sekadar berperanan dengan satu atau dua peranan sahaja?

Apakah kita boleh dikatakan sebagai guru berjaya jika pelajar kita cemerlang dalam akademiknya tetapi hancur dari segi akhlaknya? Bagaimana pula perasaan kita andaikata anak kita sendiri mengalami krisis peribadi sebegitu? Iaitu anak kita yang berjaya dalam akademiknya, tetapi akhlaknya jauh dari akhlak manusiawi?

Apakah pula jawapan yang akan kita berikan apabila berada di hadapan mahkamah Allah nanti? Adakah kita mahu memikul bebanan hutang tanggungjawab yang menggunung apabila kita bergembira dengan gaji guru/pegawai pelajaran yang terhasil dari pelaksanaan tanggungjawab yang kita tunaikan dengan tidak sempurnanya dan mempunyai ketempangan peranan?

Dan akhirnya, mari kita jadikan persoalan harian di dalam fikiran kita sebagai guru, iaitu dengan melihat keadaan akhlak masyarakat kita ketika ini, lalu kita bertanya kepada diri kita, “apakah yang telah aku lakukan sebagai guru sehingga masyarakat ku mempunyai rupa akhlak yang sebegini?”

Wallahua’lam.

Matrix Text Effect - http://www.matrixtext.com

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum SRB viewer.

SRB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru bahasa melayu tahun 1 yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 1 november 2009 bersamaan 13 Zulkaedah 1430H. Cg Siti Rokiah binti Awg muhaimin bersama Ak Saiful Khairul Azrin bin Pg Liudin . Semoga perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah amin~



Majlis Sambutan Hari Raya 1430/2009


Pada 28 Syawal 1430/17 October 2008 yang lau SRB telah pun mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini di kelolakan sendiri oleh ahli ahli SRB. Ahli PIGB juga di jemput untuk meraikan majlis ini dan persembahan tarian dan nyanyian dari pra sekolah hingga tahun enam turut memeriahkan suasana.